Bestie , "Esok Nak Buat Apa?"

Bestie , "Esok Nak Buat Apa?" sheisfarahain


Halu halu halu...This is your online bestie...sheisfarahain. Kata-kata ni la akan sentiasa Ain cakap , tulis supaya nak bagi semua Bestie ingat kepada Ain tau. Jadi, untuk article ini ialah dari kisah hidup Ain juga. Haaa , mesti Bestie nak tahu apa kan ? Sebelum itu , nak tanya dulu...Bestie , Esok nak buat apa ? Jawab jawab jawab...


Persoalan "esok nak buat apa" ni la sebenarnya setiap hari yang Ain selalu tanyakan sebelum tidur. Kebiasaannya , Ain memang akan taip di ruang Notes telefon supaya tidak terlupa untuk melakukannya. Ain juga akan masuk kan ke dalam event kalendar sebagai reminder . Iya la , kita ni kan Bestie hari-hari memang ada je distraction. Tapi kan , untuk persoalan "esok nak buat apa" ni , Ain selalu akan get ready pada sebelah malam sebelum tidur.


Sebelum tidur , pasti Ain akan taip dulu di Notes telefon..terus bertanya kepada diri "esok aku nak buat apa ye?". Tapi , Ain cuma senaraikan je..apa yang nak dibuat. Rupa-rupanya baru Ain tahu yang kena lagi details dan lengkap. Untuk lagi details dan lengkap perlu la ada waktu untuk melaksanakan apa yang perlu kita buat. Ianya supaya kita tidak melengahkan masa.


Setiap hari , masa kita dibahagikan kepada waktu pagi , tengah hari , petang dan malam. Jadi nya , untuk melengkapkan persoalan esok nak buat apa ni , kita perlu meletakkan masa . Sebagai contoh , "meeting dengan client jam 10:30 pagi". Haaa , itu yang lagi buat kita bersemangat untuk menghadapi hari esok. 


Satu lagi yang Ain nak pesan , jangan letak banyak sangat yang perlu dilakukan sebabnya kan Bestie bimbang nanti makin stress sebab tidak dapat dilaksanakan. Bukan itu sahaja , anggap la persoalan esok nak buat apa ni macam kita tengah buat itinerary . Iya , itinerary kan untuk melancong  and why not kita applykan konsep yang sama setiap hari sebelum tidur ...tanyakan kepada diri "esok nak buat apa ?"


Tunggu apa lagi , selamat melakukan itinerary ....Bestie ,"Esok Nak Buat Apa?"


xoxo ,

Your Online Bestie

sheisfarahain