Malas ? Ini La Cabaran Terbesar Dalam Hidup Kita

Malas ? Ini La Cabaran Terbesar Dalam Hidup Kita sheisfarahain


Halu halu halu Bestie semua.. Tengah buat apa tu ? Meh la baca kejap artikel Ain tulis ni. Tak panjang , tak pendek cuma sederhana dan ringan sahaja bacaannya . Sebenarnya , nak kosisten untuk menulis ni pun adalah salah satu cabaran terbesar dalam hidup yang perlu Ain lalui. Setiap dari kita sebenarnya setiap hari melalui cabaran kehidupan masing-masing. Cumanya kan Bestie , kita sedar atau pun tidak dan adakah kita berani untuk menghadapi cabaran tersebut.


Dah nama pun kan Bestie kita ni hidup di dunia. Setiap hari pasti akan ada cabaran dan rintangan yang perlu kita hadap. Antaranya ialah , kita akan sangat susah untuk mengatasi sifat atau rasa malas. Jujurnya , rasa malas ni aduhai , kalau cerita kan memang sampai dah nak kiamat pun perangai malas ni masih ada. Semua dari kita punya rasa malas yang tersendiri , tapi yang membezakannya ialah bagaimana cara kita untuk menepis atau menghalang seberapa banyak perasaan malas itu datang kepada diri kita.


Now Bestie , your task after read this article ialah...senaraikan apakah cabaran yang setiap hari perlu dilalui oleh Bestie? Kenapa perlu disenaraikan ? Kerana cabaran ini la kalau kita tidak sama-sama berani untuk menghadapinya , kita akan biar rasa malas itu menguasai diri kita. Jelas kan disini betapa pentingnya kita perlu senaraikan (buat list....) apakah cabaran yang aku perlu hadap setiap hari ? Tanya kepada diri sendiri.


Jangan tak buat okay ! Tepis jauh -jauh perasaan malas itu..


xoxo ,

Your Online Bestie

sheisfarahain