"Saya Takut Bercakap Dengan Orang"

"Saya Takut Bercakap Dengan Orang" sheisfarahain



Halu halu halu Bestie...haaa macam mana boleh terbaca artikel ni ? Mesti Bestie ada perasaan takut nak bercakap dengan orang kan ? . First thing first , yang Bestie perlu tahu ialah perasaan takut nak bercakap dengan orang ini ialah satu perasaan yang normal. Namun , jika tidak diatasi...Bestie akan terus merasai perasaan takut itu. Jom Ain kongsikan bagaimana untuk mengatasi perasaan takut untuk bercakap dengan orang ini.


Chop chop chop chop...Bestie kena tahu yang Ain pun pada mulanya , seorang yang sangat pemalu dan tak berani nak bercakap dengan orang. Tapi , apa yang Ain boleh kata kan disini ialah semuanya berkaitan dengan pengalaman dan proses. Tanpa pengalaman dan proses , mungkin sampai sekarang Ain masih tidak berani untuk bercakap dengan orang.


Kisah nya kan , dulu-dulu Ain ni memang pemalu dan tidak pandai berkawan. Namun , berlakunya kisah turun kelas sewaktu darjah 4. Haa , selama Ain bersekolah dari darjah 1 - 3 Ain dah rasa sangat selesa duduk di kelas pertama. Tiba-tiba , kena pula turun kelas . Waktu tu la Ain kena bergaul dengan kawan yang baru dan mulut ni nak tak nak kena juga bercakap dengan kawan yang Ain tak pernah kenal sebelum ini.


Ain dulu tak pandai berkawan , boleh je makan sorang-sorang dekat kantin sekolah. Tapi , selepas kejadian Ain turun kelas tu..banyak yang berubah. Ain pandai berkawan dan dah start ada kawan. So , daripada story Ain ni sebenarnya sebagai satu langkah kecil untuk kita keluar dari rasa takut nak bercakap dengan orang. Belajar untuk start mulakan conversation terlebih dahulu. Tanya kan soalan-soalan yang simple dan ringkas kepada seseorang yang kita nak bercakap. 


So , Bestie... Ain ada satu program secara online. Namanya ialah Berani Bercakap. Berani Bercakap ni ain pecahkan kepada dua iaitu Berani Bercakap Depan Kamera serta Berani Bercakap Dengan Orang . Program ini akan diadakan secara Google meet.Segala perbualan akan direkodkan dan diletakkan ke dalam Podcast Sheisfarahain. Jom cabar diri Bestie sekarang , jangan terkejut....lepas join sesi Berani Bercakap ni...ramai tak sangka dia boleh cakap lama-lama.. Ingatkan , berani cakap 5 minit je , rupanya tahu-tahu dah 30 minit bercakap~


xoxo ,

Your Online Bestie

sheisfarahain

berani bercakap depan kamera