Tulis..Jangan Tak Tulis !

tulis jangan tak tulis sheisfarahain


Halu halu halu...Bestie ku semua.. Sedang buat apa tu ehk? Untuk posting kali ni Ain nak share kan tentang habit atau cara yang selalu Ain lakukan iaitu menulis. Tapi , versi digital atau online sudah semestinya la menaip . Pada Ain , menaip = menulis. Gitu ler .. Memandangkan Ain ni sejenis suka paperless , paling tak suka membazir kertas katanya! Kihkihkihkih.


Anyway , sebab utama kenapa Ain come out dengan topik Tulis...jangan tak tulis ! ni sebabnya Ain tertarik dengan hasil perkongsian dari sebuah buku. Katanya , untuk setiap impian atau matlamat yang ingin dicapai , perkara paling utama yang wajib Bestie lakukan ialah dengan menulis. I know some of you might think "alaaa menulis ni satu perkara yang sangat susah untuk dilakukan". Percaya la , Ain ni pun kan kalau idea itu tiba-tiba hilang , nak menulis pun rasa susah sangat.


Nak start menulis ni rasa blur tak tahu nak menulis tentang apa . Itu belum lagi bila tengah rasa kepenatan. Lagila otak ni blank tak tahu nak menulis apa. Kosong..kosong..kosong ...oooo~ Lah tiber nyanyi lagu Najwa Latif - Kosong ~


By the way , Bestie..salah satu cara untuk Ain keep menulis ialah dengan menaip perkara-perkara yang penting di ruangan Notes telefon. Semua telefon memang dah ada Notes, cumanya kita ni kan Bestie...tinggal nak gunakan je. Mesti Bestie tertanya-tanya nak tulis apa je kan ?


Ain akan banyak menulis Things To Do (apa perkara yang nak kena buat) , senarai barang untuk dibeli (perempuan paling panjang list kalau buat ni sebab ada je barang yang dia nak beli), perkara-perkara penting , jadual harian (sebelum tidur biasanya Ain akan senaraikan nak buat apa untuk hari esok) dan percaya atau tidak kadang-kadang Ain banyak menaip di notes dulu bila datang nya idea dan baru copy paste kan apa yang Ain tulis tu ke social media yang lain.


Sangat bagus sebenarnya Notes di telefon tu . Nak tanya la juga , Bestie selalu ke guna Notes di telefon tu ? Kalau tak pernah guna , boleh la cuba start guna kan dan start menulis. Pada Bestie yang selalu menggunakannya , Ain nak tahu selalu taip apa je di ruang Notes tersebut ? 


Satu yang Ain nak pesankan disini , tulis yang baik - baik , kalau kita nak yang baik-baik datang kepada kita ~


xoxo ,

Your Online Bestie 

sheisfarahain