Apa Itu Influencer Marketing ?

Apa Itu Influencer Marketing ? Uolls yang sampai ke sini mesti tertanya-tanya apakah sebenarnya maksud influencer marketing ni kan..here we go , jom kita go through lebih details~


Influencer Marketing atau disebut juga sebagai Pemasaran influencer adalah salah satu pemasaran atau marketing yang menggunakan populariti dan pengaruh individu di platform social media untuk mempromosikan produk, perkhidmatan (servis), atau jenama (branding). Influencer adalah individu yang telah membina kredibiliti dan mempunyai jumlah pengikut (followers) yang besar dalam niche tertentu, seperti fesyen, fitness, travel, kecantikan , makanan dan banyak lagi.


Dalam pemasaran influencer (Influencer Marketing) , jenama (Brand) akan bekerjasama dengan influencer untuk menghasilkan content (create a content) yang disponsor dan akan memaparkan produk atau perkhidmatan bisnes tersebut.


Kerjasama atau collaboration ini boleh diwujudkan melalui pelbagai bentuk, Antaranya ialah posting yang disponsor ( post gambar / content di social media) , video, cerita. Tujuan kerjasama atau brand collaboration bersama influencer ini adalah untuk memberitahu kepada followers mengenai brand atau kempen pemasaran tersebut .


Bukan itu sahaja , influencer itu juga boleh mempromosikan produk atau servis bisnes , brand awareness dan juga secara tidak langsung dapat meningkatkan sales dan brand bisnes tersebut.


Berikut adalah beberapa aspek penting dalam Influencer Marketing

(pemasaran influencer) :


  1. Reach dan Engagement: Influencer mempunyai pengikut yang setia (followers) di platform social media, yang membolehkan jenama (brand) mencapai audiens sasaran yang spesifik (target audience) . Kelebihan seorang Influencer ialah menggunakan "personal touch" yang akan meningkatkan lagi engagement dan membuatkan followers lebih tertarik untuk melihat dan mendengar. Itu la kekuatan yang dimiliki oleh seorang influencer.


  1. Kredibiliti dan Kepercayaan: Influencer selalu membina "good connection" bersama dengan followersnya dan menyebabkan followers akan mudah percaya dengan setiap posting yang dikongsikan oleh influencer tersebut. Disebabkan itu, followers akan lebih cepat percaya dengan promosi yang ditunjukkan oleh influencer tersebut.


  1. Niche Expertise: Influencer akan lebih fokus kepada niche tertentu. Dengan mengetahui niche seseorang influencer itu akan memudahkan bisnes (brand) lebih fokus kepada target audience. Sebagai contoh, produk kecantikan akan cenderung mencari influencer yang banyak membuat content dan fokus niche kecantikan. Influencer tersebut lebih mudah bercerita mengenai produk tersebut kepada followers dan secara tidak langsung dapat menaikkan lagi jenama (brand) bisnes tersebut.


  1. Creative Content: Keunikkan seorang influencer itu yang menyebabkan followers mudah tertarik dengan content yang dipost oleh influencer tersebut. Kebiasaannya, seorang influencer sangat kreatif dan punya idea yang tersendiri dalam menyampaikan sesuatu mesej atau content kepada followersnya.


Perlu diingat bahawa pemasaran influencer sentiasa berkembang, dan cara posting serta penyampaiannya akan berbeza di setiap platform social media.


Next article , Ain akan share kepada uolls bagaimana influencer marketing ni sangat penting terutama sekali kepada uolls yang ada bisnes..


See you again ,

Sebelum tu, kalau uolls tak nak terlepas semua update terkini dari Ain , boleh join private group Facebook ni. Tekan link dan join tau !

Join group Facebook sekarang!

"Now Everyone Can Be Influencer"

xoxo,

Ain