Posts

Showing posts from June, 2026

Dari Hati Ke Hati Karya Pertama

Image
  Karya Pertama Dari Hati Ke Hati Nukilan Sheisfarahain Assalamualaikum dan salam sejahtera. Jika anda sedang membaca tulisan ini, saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kerana sudi singgah ke ruang kecil yang saya namakan sebagai "Dari Hati Ke Hati". Mungkin ada yang mengenali saya sebagai seorang usahawan, blogger, content creator, penulis produk digital atau individu yang aktif berkongsi ilmu di social media. Namun sebelum semua itu berlaku, saya hanyalah seorang wanita biasa yang suka menulis diari. Menulis adalah dunia pertama yang saya kenali sebelum saya mengenali dunia bisnes, pemasaran digital, produk digital dan content creation. Ketika ramai orang memilih untuk meluahkan perasaan melalui percakapan, saya memilih untuk menulis. Bagi saya, dengan tulisan akan mempunyai caranya yang tersendiri untuk menyimpan kenangan, menyampaikan perasaan dan merakam sebuah perjalanan hidup. Semuanya bermula daripada sebuah diari. Sebuah buku kecil yang menjadi tempat saya menul...