Posts

Showing posts with the label dari hati ke hati

2- Semuanya Bermula Dengan Sebuah Diari

Image
  Bab 2 Semuanya Bermula Dengan Sebuah Diari Kalau ada yang bertanya kepada saya, "Di mana saya sebenarnya bermula?" Jawapan saya sangat mudah. Dari sebuah diari. Bukan terus membina syarikat. Bukan juga dari start bisnes. Bukan juga akaun social media. Tetapi sebuah buku yang dipenuhi tulisan tangan, contengan kecil dan helaian yang semakin lusuh kerana terlalu kerap dibuka. Diari itu tidak mempunyai reka bentuk yang cantik. Planner yang saya dapat dari ibu ayah yang membawa pulang ke rumah . Ianya tidak juga mempunyai nilai yang mahal. Namun bagi saya, ia adalah tempat paling selamat untuk menyimpan segala yang tidak mampu saya luahkan dengan kata-kata. Saya membesar seperti kebanyakan orang lain. Mempunyai impian. Mempunyai ketakutan. Mempunyai persoalan yang kadangkala sukar dijawab. Ada hari saya gembira. Ada hari saya kecewa. Ada hari saya menangis tanpa sebab yang jelas. Dan setiap kali itu berlaku, saya akan menulis. Saya percaya apa yang kita tulis itu sebenarnya mem...

1- Kenapa Saya Kembali Menulis Setelah Sekian Lama

Image
  Bab 1 Kenapa Saya Kembali Menulis Setelah Sekian Lama Ada perkara dalam hidup yang walau sejauh mana kita pergi, akhirnya kita akan kembali kepadanya. Bagi saya, perkara itu adalah menulis.Menulis di blog. Sudah lama sebenarnya saya tidak menulis seperti dahulu. Bukan kerana saya tidak lagi menyukai penulisan, tetapi kehidupan membawa saya ke pelbagai arah yang berbeza. Ada masa saya terlalu sibuk mengejar impian. Ada masa saya terlalu fokus membina kerjaya dan bisnes. Ada juga masa saya sekadar cuba bertahan dengan apa yang sedang berlaku dalam kehidupan. Sudah lama rasanya saya tidak membuka blog ,membaca blog kawan kawan yang lain dan membiarkan sahaja blog saya begitu saja. Hari berganti minggu. Minggu berganti bulan. Tanpa sedar, tahun juga berlalu lamanya. Dan saya semakin jarang menulis. Iya, jujur dari hati memang dah lama rasanya saya tidak menulis blog. Sedangkan suatu ketika dahulu, menulis adalah sebahagian daripada diri saya. Saya masih ingat bagaimana sebuah diari m...

Dari Hati Ke Hati Karya Pertama

Image
  Karya Pertama Dari Hati Ke Hati Nukilan Sheisfarahain Assalamualaikum dan salam sejahtera. Jika anda sedang membaca tulisan ini, saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kerana sudi singgah ke ruang kecil yang saya namakan sebagai "Dari Hati Ke Hati". Mungkin ada yang mengenali saya sebagai seorang usahawan, blogger, content creator, penulis produk digital atau individu yang aktif berkongsi ilmu di social media. Namun sebelum semua itu berlaku, saya hanyalah seorang wanita biasa yang suka menulis diari. Menulis adalah dunia pertama yang saya kenali sebelum saya mengenali dunia bisnes, pemasaran digital, produk digital dan content creation. Ketika ramai orang memilih untuk meluahkan perasaan melalui percakapan, saya memilih untuk menulis. Bagi saya, dengan tulisan akan mempunyai caranya yang tersendiri untuk menyimpan kenangan, menyampaikan perasaan dan merakam sebuah perjalanan hidup. Semuanya bermula daripada sebuah diari. Sebuah buku kecil yang menjadi tempat saya menul...