SAYA DAH ADA STOCK TUDUNG MACAM MANA SAYA NAK JUAL
Assalamualaikum.. halu halu halu this is your online bestie Sheisfarahain.. Bestie , thank you kerana sudi masuk ke rumah kita. YES , INI RUMAH KITA , BESTIE. Teruskan untuk bertanya soalan , insyallah Ain akan jawab satu persatu okay.
By the way , this question from our Bestie :
Saya dah ada stock tudung macam mana saya nak jual
Jawapannya ; jual jelah . Hahahaha.
Jual dekat orang yang nak beli tudung.
Jual dekat orang yang pakai tudung.
Jual dekat orang yang pakai style tudung itu.
Jual dekat orang yang mencari tudung itu.
Macam mana nak tahu orang-orang di atas ?
Bestie , buat la tutorial style tudung yang you jual tu. Dari tutorial tu kita akan attract orang-orang seperti di atas.
Make sure ,orang orang di atas membeli dengan you. Bukan dengan orang lain. Cari 1 sebab kenapa orang yang you cari itu perlu membeli tudung dengan you bukan dengan orang lain.
Ketengahkan kelebihan yang you ada. I pun pakai tudung ,tapi bukan semua jenis tudung I suka.
I suka tudung yang tak mudah renyuk, mudah bentuk , cepat bersiap ,simple tak suka banyak corak , kain silk , bawal or shawl? I tak kisah dua dua i okay je.
Ingat , Bestie . You jual tudung. Jual tudung kepada mereka yang mencari ciri-ciri yang stock tudung you tu ada.
I wish you all the best
Xoxo ,
Sheisfarahain 🤍