10 LANGKAH UNTUK SETUP PERNIAGAAN ANDA DENGAN MUDAH
10 LANGKAH UNTUK SETUP PERNIAGAAN
ANDA DENGAN MUDAH
Anda telah melakukan penyelidikan, mengetahui niche ataupun industri yang ingin diceburi, dan kini anda bersedia untuk merealisasikan impian perniagaan anda.
Memulakan perniagaan adalah perkara yang sangat teruja namun ianya sangat menakutkan pada masa yang sama. Disebabkan itu , ramai orang membiarkan ketakutan, keraguan, dan kesempurnaan menghalang mereka daripada untuk memulakan perniagaan.
Jangan biarkan impian perniagaan anda sia-sia dan hanya sekadar mimpi namun gunakan langkah mudah ini untuk menyediakan perniagaan anda dengan mudah!
1. Dapatkan ilmu tentang perniagaan
Langkah paling penting untuk bermula ialah mendapatkan beberapa pengetahuan asas perniagaan. Mulakan dengan membaca buku-buku yang mengajar tentang asas perniagaan . Bukan itu sahaja , terdapat juga banyak ilmu yang boleh di tonton di Youtube.
2. Mulakan dengan membuat Rancangan Perniagaan
Saya tahu, anda mungkin terfikir, "Mengapa saya perlu menulis dan membuat rancangan perniagaan, saya bukannya nak buat loan pun?"
Rancangan perniagaan sebenarnya tidak perlu rumit, panjang atau terlampau banyak muka surat tetapi tiada isi dan maklumat yang penting! Rancangan perniagaan anda adalah sebagai peta jalan mudah yang akan membantu membimbing anda menuju kejayaan perniagaan.
3. Namakan perniagaan anda
Sebelum anda meletakkan nama perniagaan , buat research terlebih dahulu . Search di google dan social media . Pastikan tiada lagi nama perniagaan yang anda cadangkan itu.
4. Pilih jenis perniagaan anda
Gunakan Rancangan Perniagaan anda sebagai rujukan . Struktur perniagaan adalah terdiri daripada milikan tunggal , perkongsian , sendirian berhad , berhad. Setiap struktur atau jenis perniagaan mempunyai kelebihan dan kekurangan yang tersendiri.
5. Memohon lesen perniagaan
Ingat , untuk berniaga perlu mendapatkan lesen perniagaan. Di Malaysia , ianya adalah perlu di daftarkan di SSM (Suruhanjaya Syarikat Malaysia). Bagi yang mempunyai permis / kedai perlu memohon lesen papan tanda .
6.Susun Kewangan anda
Mengasingkan kewangan perniagaan anda dengan kewangan peribadi ialah cara mudah untuk memastikan duit anda teratur dan sentiasa dikemaskini.
Walaupun baru nak memulakan perniagaan , sangat penting untuk anda merekod ke semua perbelanjaan keluar dan kemasukan duit.
7. Bina website official untuk perniagaan
Untuk berdaya saing sebagai pemilik perniagaan dari rumah, anda perlu mempunyai website official. Be online presence serta pastikan website anda mudah dicari dan mudah dijumpai kerana ianya membantu anda menarik lebih ramai pelanggan.
Website juga mampu menonjolkan skill serta kepakaran yang anda miliki , mempromosikan semua perkhidmatan serta produk yang anda jual , berkongsi testimoni atau pelanggan. Website juga mampu menaikkan kredibiliti perniagaan anda selain mencerminkan imej yang lebih profesional.
8. Tentukan cara komunikasi bersama pelanggan
Pada zaman canggih sebenarnya membuka banyak peluang untuk anda berkomunikasi dengan pelanggan secara mudah. Medium Whatsapp adalah cara paling mudah untuk berkomunikasi selain juga melalui social media.
Pastikan pelanggan mudah untuk berhubung terus dengan anda , dan anda sebagai pemilik perniagaan perlu plan cara yang paling berkesan supaya dapat berkomunikasi dengan pelanggan.
9. Buat marketing plan perniagaan anda
Rujuk kepada business plan yang anda telah buat , pastikan anda perlu kaji apakah marketing yang anda mahukan untuk menaikkan lagi sales dan brand perniagaan anda. Tanpa marketing , perniagaan anda agak sukar untuk orang kenal dan tahu.
Marketing terbahagi kepada dua kaedah iaitu secara online ataupun secara offline. Pilih kaedah marketing yang bersesuaian dengan perniagaan anda.
10.Organize ruang tempat anda bekerja
Jika anda memulakan perniagaan secara kecil-kecilan dan secara home based , sediakan ruang untuk anda bekerja. Pastikan ianya selesa dan memudahkan anda untuk melakukan aktiviti-aktiviti yang melibatkan perniagaan anda.
Sebagai penutup kepada 10 langkah ini , terdapat pelbagai lagi yang perlu dilakukan bagi memulakan perniagaan anda.
Namun , diingatkan supaya berhati-hati dan tidak terikut-ikut orang lain dalam membina perniagaan serta tidak mudah melaburkan duit anda kepada perniagaan yang instant ataupun yang jenis cepat kaya. Rancang dan teliti lah dalam membuat keputusan kepada perniagaan yang anda akan jalankan.
I wish you all the best !
Terdapat kotak (contact form) , boleh kah anda isi apakah idea perniaagan yang ingin anda laksanakan ? Jom ceritakan kepada saya kerana saya sangat teruja untuk ketahui apakah idea perniagaan anda! See you in the email okay
xoxo ,
Sheisfarahain
Comments
Post a Comment
Tulis yang baik baik jika yang baik baik yang kamu ingin kan..