30 CARA MUDAH SAYA MULAKAN UNTUK BUAT CONTENT DI SOCIAL MEDIA

30 CARA MUDAH SAYA MULAKAN UNTUK BUAT CONTENT DI SOCIAL MEDIA


Sebenarnya semenjak saya dah start serius untuk post content yang memberi manfaat , saya dah mula kurangkan untuk posting content yang syok sendiri! Lama masa yang saya ambil untuk saya sedar selama ini saya begitu syok sendiri dalam menghasilkan content. Saya teringat ada satu Tiktoker yang agak popular which is my circle of kawan media saya. Dia pernah berkongsi kepada saya dan ayat dia lebih kurang macam gini "Ain , start fokus buat crowd content. Ain buat content yang boleh buat orang nak share , orang nak follow" . 


Tapi , saya tak faham. Saya rasa semua tu hanya macam sekadar mengejar glamor dan nak cepat viral. Sehingga la saya betul-betul beri full komitmen saya dalam menaikkan group khas yang saya bina iaitu Belajar Buat Content Dengan Mudah .Saya hanya find tune sedikit sahaja , tak sampai 2 minggu macam gitu group tersebut sudah mencecah 228 orang yang join.


Tak ada rahsia! Cuma saya banyak fokus kepada menghasilkan crowd content!. Dalam posting kali ini , saya nak berkongsi journey saya menggunakan 30 cara mudah ini untuk saya mula membuat content di social media dengan cara mudah.


30 CARA MUDAH SAYA MULAKAN UNTUK BUAT CONTENT DI SOCIAL MEDIA


1. Tahu apa yang anda minat dan tahu


Saya sangat suka teknik dan cara ini sebab ianya sangat mudah dan simple. Its like a reflection kepada diri sendiri. Ini lah masanya  untuk anda discover the best part of diri anda sendiri. Senaraikan 10 perkara yang anda suka , minat , hobi , kemahiran , kepakaran yang anda ada dan miliki selama ini. 


Kenapa kena buat macam gini ? Sebab anda nak membina content. Content ni kan anda kena buat hari-hari dan selalu kena buat. Jadi , bila nak buat hari - hari , anda mesti kena suka benda yang anda minat dan tahu. Sebagai contoh , anda suka edit video.  Hari-hari anda rasa seronok edit video . Pejam mata orang tanya pun anda boleh simply jawab because anda benar-benar sangat mahir.


Okay , lepas dah senaraikan 10 tu , cuba buat ranking 1-10 . Senaraikan daripada yang paling anda power kepada yang paling kurang. Now , daripada 10 , fokus top 3 yang anda dah senaraikan. 


Dan itulah topik content yang anda boleh buat di social media. Saya bagi contoh:

1) Suka bercakap 

2) Pandai edit video 

3) Pandai stylish tudung


Haa , see daripada cara ni je. Anda dah boleh kenali potensi diri anda yang sebenar. Be proud of yourself!


2. Beri apa yang mereka mahu 


Dari awal posting ini saya tuliskan lagi , saya sudahpun highlight untuk stop buat content yang syok sendiri! You want to know the truth? kerana saya buat content yang syok sendiri selama ini . Selama ini, berapa banyak masa saya dah bazirkan and how i wish i know earlier! Jadi , untuk cara mudah yang kedua ini ialah beri apa yang mereka mahu. 


Sebelum saya buat group khas belajar buat content dengan mudah tu , saya letak nama group tersebut sebagai newbie influencer content creator malaysia. At the end, macam susah dan a bit stuck. Nak tahu sebab apa ? Sebab saya sendiri tak sure dengan apa yang saya lakukan. 


Sehingga la saya change the group kepada Belajar buat content dengan mudah. Fuh , berdesup dalam lebih kurang 2 minggu berlaku kenaikkan yang mendadak orang yang join. Saya hanya posting crowd content sahaja! Saya tak spam , saya tak buat personal DM ajak untuk invite , saya tak spam mesej kawan-kawan untuk join. Kali ini saya memang nekad dan tekad. I really want to give what they want.


Jadi , untuk cara yang kedua ini , ada 3 persoalan yang perlu anda rungkaikan dan huraikan. 3 soalan ini ialah :

1- Content anda untuk siapa?

2- Apa masalah yang anda nak bantu untuk selesaikan?

3- Apa hasil yang mereka boleh dapat?


Saya cadangkan anda take note 3 soalan ini kerana inilah yang sangat mengubah cara saya berfikir dalam menghasilkan content-content di social media. Jika anda masih blur tak tahu nak start menjawab persoalan ini macam mana , saya cadangkan anda belek semula cara yang pertama.


10 perkara yang anda dah senaraikan tu sangat berkait rapat dengan cara yang kedua ini. Anda buat content berkait dengan top 3 yang anda sangat mahir. Apa masalah yang anda boleh bantu daripada apa yang anda mahir itu ? Apa hasil atau end result yang mereka akan dapat ? Saya harap anda sangat jujur dengan diri sendiri dalam menjawab persoalan-persoalan ini.


3. Berikan cara atau style yang anda lakukan


Saya yakin dan percaya sekarang ini ramai yang menjadi content creator , yang mengajar orang buat content. Begitu juga dengan saya. Namun, disini lah anda perlu mencari keunikkan yang ada pada diri anda. Iya , mungkin saya fokus mengajar orang buat content malah ada yang jauh lebih hebat dan lebih banyak followers dari saya mengajar orang buat content. 


Tapi , saya pernah ditanya oleh orang yang coaching saya iaitu "Anda selesa bercerita tentang social media dan content ni dengan siapa?" . Saya jawab dengan mereka yang lebih kurang umurnya sama seperti saya dan punya interest yang sama macam saya which is nak buat duit dengan bisnes online. Bukan itu sahaja , saya memang banyak bantu kawan-kawan saya yang memang buat bisnes online dan mereka menjadikan saya sebagai reference dalam perkembangan terkini tentang social media. 


Jadi, apakah cara atau style yang anda lakukan? Saya fokus kepada buat content dengan cara yang mudah dan buat content yang memberi manfaat. Itu fokus utama saya sebab saya tak nak buang masa dan tenaga dalam menghasilkan content yang syok sendiri! That's my philosophy! 


Bagaimana pula dengan anda ? Apakah cara dan style anda dalam membuat content? Kenal pasti apa yang anda sudah lakukan sebelum ini dan selepas anda buat satu perubahan ianya mendatangkan hasil result yang berbeza.


Contoh nya macam case study diri saya :


Dulu : banyak buat content syok sendiri , penat je lebih dalam buat content

Sekarang : buat content yang bermanfaat sebab ada matlamat yang jelas , buat content dengan cara yang mudah


4. Bantu mereka capai apa yang anda dah capai


Saya dah berada di dalam industri social media ini semenjak tahun 2018. Itu la permulaan saya. Dulu , saya ingat semua orang dah tahu yang ....


To be continue~~~

Comments

Popular posts from this blog

Langkah Pertama Untuk Startup: Panduan Lengkap untuk newbie

SIAPA SHEISFARAHAIN

10 LANGKAH UNTUK SETUP PERNIAGAAN ANDA DENGAN MUDAH