7 CARA PERSONAL BRANDING STRATEGI TIPS UNTUK MENAIKKAN BISNES ANDA
Bertahun-tahun saya berada di dalam industri social media dan saya tidak pernah betul-betul fokus dalam membina personal branding yang betul. Iya , setiap hari saya rasa struggle untuk membina personal branding di social media. Satu hari , saya terfikir macam mana orang boleh membina personal branding yang sangat power sehingga dikenali dan orang suka untuk follow di social media.
Saya telah jumpa jawapan yang sebenar. Cara untuk kita membina strategi personal branding di social media ialah dengan membina crowd content dengan lebih banyak. Dalam perkongsian saya kali ini , saya akan kongsikan kepada anda 7 cara personal branding strategi tips untuk menaikkan bisnes anda.
Kenapa personal branding ini sangat penting ?
Personal branding sangat penting kerana ianya malambangkan diri anda dan juga bisnes anda. Tanpa personal branding yang kuat , orang tidak akan mudah untuk mendengar dan follow anda kerana anda gagal di dalam 3 perkara utama ini iaitu : kepercayaan , kredibiliti , networking.
Menjadi authentic dan berkongsi passion serta kemahiran yang anda miliki mampu menarik target audience ataupun sasaran pelanggan yang anda idamkan. Ini lah dia kelebihan di dalam membina personal branding. Personal branding akan memudahkan anda di dalam menaikkan lagi bisnes anda.
1. Be authentic
Untuk membina strategi personal branding , perkara yang paling penting adalah untuk mengenali diri anda yang sebenar. Masalah utama ialah kita tidak menjadi diri sendiri dan berpura-pura untuk menjadi seorang yang perfect seperti ada yang mengatakan 'fake it till make it'.
Hakikatnya , sangat susah untuk sentiasa look perfect!
2. Berikan value kepada audience anda
Anda seharusnya memberikan value atau menambah nilai kepada audience anda. Apabila anda membantu audience anda , mereka akan mula mempercayai anda. Apabila trust itu sudah meningkat , mereka pasti akan membeli dengan anda.
Semakin anda banyak memberikan value itu kepada mereka , semakin tinggi tahap kepercayaan mereka kepada anda.
3. Jadi expert kepada industri yang anda ceburi
Anda tidak perlu berpura-pura untuk nampak expert tetapi , anda perlu berkongsi tentang ilmu pengetahuan dan pengalaman yang anda miliki kepada audience anda. Itu akan lebih terlihat expert kerana perkongsian ilmu yang anda tunjukkan.
Kenapa anda perlu menjadi seorang yang expert di dalam industri yang anda ceburi ? Ianya akan lebih meingkatkan kredibiliti bisnes anda.
4. Video marketing
Video marketing sangat powerful kerana mereka anda dapat melihat diri anda dan mendengar suara anda. Video marketing akan dapat meningkatkan kepercayaan audience dengan lebih cepat. Trend terkini juga adalah lebih kepada video marketing.
5. Konsisten adalah strategi personal branding yang paling penting
Consistency adalah kunci kepada untuk mendapatkan result yang berjaya. Anda harus konsisten dalam membuat content , posting di social media. Selama beberap tahun saya berada di dalam industri social media , saya dapati ramai yang tidak konsisten terutama sekali untuk posting content di social media. Ini kerana majoriti tidak tahu untuk membuat content dengan cara yang mudah.
Jangan risau , saya telah pun menyediakan 1 group khas iaitu belajar buat content dengan mudah . Check it out di link yang disediakan.
6. Jangan spam!
Pernah kah anda menerima satu mesej DM yang panjang dan ayat tersebut ialah skrip jualan ? Ayat tersebut adalah di copy and past dan sent ke semua contact yang ada dan anda mesti rasa tidak selesa dan tidak suka bukan ?
Sebenarnya , cara itu akan menjatuhkan reputasi dan kepercayaan kerana anda spam . Hakikatnya , manusia tidak suka untuk anda approach dengan cara spam message!
7. Fokus kepada long term personal branding
Kebanyakkan dari kita suka fokus kepada short term iaitu untuk fyp , dan untuk viral!. Selain daripada mengejar untuk viral dan fyp , anda sepatutnya perlu fokus kepada bagaimana untuk membawa personal branding anda untuk kekal lebih lama.
Personal branding adalah satu perkara wajib
Kesimpulannya , personal branding adalah satu perkara wajib yang perlu anda lakukan untuk menaikkan bisnes anda. Ia adalah satu proses untuk menghasilkan keunikan bisnes anda berbanding bisnes pesaing yang lain serta dapat menonjolkan lagi jenama bisnes anda.
Jika anda mahu menaikkan bisnes anda dengan menggunakan strategi personal branding , anda boleh sertai coaching bersama saya sheisfarahain.
Enjoy creating content ~
Xoxo,
Your Online Bestie
sheisfarahain
Comments
Post a Comment
Tulis yang baik baik jika yang baik baik yang kamu ingin kan..