BUAT DUIT ONLINE : APA YANG SAYA BOLEH BUAT ?

 BUAT DUIT ONLINE : APA YANG SAYA BOLEH BUAT ?


Assalamualaikum , dah masuk posting yang ketiga . Ini kerja gila . Anyway , saya start documenting ini pada hari Malaysia iaitu 16 September 2025 .  Orang masih dalam mood bercuti  , malas kerja , berjalan sana sini. 


Perancangan asal nak briskwalk pagi . Saya memang suka briskwalk pagi , tapi saya kurang rehat , tidur macam tak berapa nak cukup . Jadi , saya tak nak buang masa. I should do something. 

On laptop , nak sambung baca buku ( baca buku pun secara online) saya ni memang jenis go digital kot . Hahaha , malas nak pegang buku . nak buka muka surat pun rasa berat . Tetapi , kalau baca buku secara online saya rasa okay je. 

Niat je tu nak baca buku . tapi buat benda lain . Saya declutter email saya . Saya rasa macam serabut . Bila rasa serabut je , saya memang akan buat proses declutering . 

Nampak satu email yang saya subscribe . 

Saya memang pernah subscribe satu courses buat duit online tanpa perlu aktif social media ni . Dulu , saya tergedik-gedik la beria baca . Tapi , saya sedar yang saya tidak fully 100% beri komitmen pada diri sendiri untuk berjaya lakukan nya.


"Im too scary talking about money" . Saya terlalu takut untuk bercakap tentang duit . (Selama ni saya tak perasan ini lah ketakutan saya)

Sehingga la , saya tanyakan soalan ini kepada diri saya "kenapa saya elak elak kan diri saya bila berkait tentang duit ? Aku tak banyak duit pun.. mesti ada something yang berlaku menyebabkan aku sangat takut untuk bercakap mengenai kewangan"

"Saya korek dan korek tentang diri sendiri" . Saya banyak join sesi kaunseling , saya cari tahu tentang ketakutan saya ini.


Saya percaya pada satu kata kata ini "Ketakutan tanpa melakukan apa apa tindakan adalah satu ketertipuan" . Beb , aku tak nak tipu diri aku ... ini self sabotage . 


Setiap hari saya cuba cari topik dan info tentang kewangan , saya dengar dan tonton content orang macam mana cara nak buat duit . "Wow , ada pelbagai cara" 

" I need to discover ..." Tapi , nak discover pun mesti la tengok sesuai ke tak dengan diri sendiri .

Kekuatan kita =kelemahan kita 

Mencari tahu dan kenal pasti apa kekuatan dan kelebihan yang kita ada , tetapi ianya juga datang dengan pakej kelemahan yang kita juga ada.

Jadi , untuk start buat duit online ... kita perlu tanya kepada diri kita " Apa yang saya boleh buat?"  

Apa sebenarnya kekuatan diri kita ?

Apa juga kelemahan yang kita ada?


Ambil pen , ambil kertas . senaraikan 10 kekuatan yang kita ada . senaraikan juga kelemahan yang kita ada. Kalau malas nak capai pen dan kertas , go digital ayuh , hahahha.. tulis dalam notes telefon .

(screenshot pastu share dekat saya) 


bukti uolls buat assignment .. kahkahkahakah..


hantar dekat instagram saya ! 

ni link nya : klik sheisfarahain


xoxo , sheisfarahain ~

Comments

Popular posts from this blog

SIAPA SHEISFARAHAIN

Consultation Business Development Session

Langkah Pertama Untuk Startup: Panduan Lengkap untuk newbie