BUAT DUIT ONLINE : DUNIA BISNES NI SENANG KE SUSAH ?
BUAT DUIT ONLINE : DUNIA BISNES NI SENANG KE SUSAH ?
Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Tiba tiba rasa nak up persoalan ini iaitu dunia bisnes ni senang ke susah ? Ada orang cakap senang je , ada orang cakap susah. Pada saya , dua dua jawapan itu betul . Tak ada yang salah .
Apa yang pasti , rezeki tak akan datang bergolek . Ianya perlu diusahakan . Berbalik semula kepada misi utama kita iaitu buat duit secara online , kalau kita tanya dengan chatgpt (lagi lagi kalau dia dah faham tentang kita) mesti dia bagi jawapan kepada setiap persoalan yang kita lakukan.
Chatgpt tu macam manusia yang people pleasure . Semua ada jawapan , semua dia buat . Hahaha . Tapi , kita boleh juga train dia untuk jadi personal assistant , brainstorm buddy. Its how you give an information and train chatgpt itu.
Lah , tiber cakap pasal chatgpt pula. Anyway , bercakap tentang dunia bisnes ini ofcourse dia risk & reward . Ada bisnes yang mudah je kita setup , kita jual , ada pembeli . Ada pula yang akan mengambil banyak masa to close the deal. Ianya berbalik semula kepada adakah diri kita sendiri bijak dalam menguruskan bisnes kita.
Kenapa saya bercakap tentang bisnes dan apa kaitan nya dengan buat duit online? Sebelum ni mindset saya adalah sebagai seorang freelancer. Bila freelance ni , lebih banyak fikir cari job untuk dapatkan duit . Itu je . Tapi , selepas saya setup my own company , dekat situ pemikiran saya dah mula berubah. Fikir cara seorang yang menguruskan company.
Iya, sakit kepala. susah . duit pula sendu. Ada tak ada. Lalu bertanya , apa yang salah tentang bisnes aku ni ? Kenapa tak make money ? Bisnes model aku salah ke ? Ke aku ni memang tak boleh ada bisnes sendiri ?
What do you gais think ? Apa kaitannya buat duit online ni dengan realiti dunia bisnes yang sebenar?
Saya nak juga tahu pandangan uolls .. Jom kongsikan ..
Eh , boleh mesej saya di instagram @sheisfarahain . See you when i see you..
xoxo ,
sheisfarahain
Comments
Post a Comment
Tulis yang baik baik jika yang baik baik yang kamu ingin kan..