1- Purpose Untuk Hidup

Assalamualaikum , lamanya tidak menulis blog . Lama sangat tidak pulang ke rumah asal tempat berkarya sebelum ini. Hari ini membuka kembali tempat asal saya berkarya. To be exact hari ini adalah 9 februari 2026 . Alhamdulilah , semalam saya telah pun menyambut hari kelahiran iaitu 8 februari 2026. Alhamdulilah sudah 35 tahun saya hidup.

Nikmat ini yang sangat saya syukuri . Terima Kasih Ya Allah kerana telah memberikan ruang dan peluang ini. Terima kasih juga buat ayah dan arwah ibu yang telah pun membesarkan saya dan menjadi ibu ayah. Tanpa mereka , saya tiada di dunia ini.


Kenapa saya kembali semula menulis blog? Saya rasa perasaan yang tidak best apabila keep scroll social media. Saya tak tahu nak cakap macam mana perasaan itu. Tapi , ianya satu perasaan yang tidak seronok. Am i too much scrolling ? Maybe yes maybe no.. Saya tahu kalau dalam keadaan saya yang messy...ada satu perkara yang saya perlu lakukan iaitu...

Declutter . 

Declutter ini banyak mengubah hidup saya jadi lebih baik. Saya subscribe minimalis malaysia yang dikongsikan oleh Faaz Minimalis . Apabila saya serabut je , saya akan masuk dan cari semula perkongsian dalam minimalis malaysia itu. 

Lalu saya membaca tentang 30 days declutter journey...

Pertama dikongsikan tentang life purpose.. 

Saya tanya kembali kepada diri saya.. "apa life purpose aku ehk?". Ahaa, aku rasa clueless.. 

Sebab...

Dulu saya seorang yang over achiever , saya jenis high motivation , kalau nak saya mesti kena capai..


Tapi , life purpose saya dah mula berubah.. saya nak jadi seorang yang lebih humble (merendah diri) dan hidup sederhana

Saya rasa hidup sederhana ini indah .. Tak berlebih dalam segala hal. Cukup cukup untuk rasa nikmat selesa. Itu yang mengajar saya lebih erti bersyukur. 


Lalu saya bertanya lagi "Apa purpose i sekarang yer?" I want to be a person who always be humble . Tema tahun 2026 saya juga adalah Humble . Jadi , why not i share how we can be a humble person , hidup sederhana. Rasa bersyukur dengan apa yang kita miliki. 


Bersambung....

Comments

Popular posts from this blog

SIAPA SHEISFARAHAIN

Consultation Business Development Session

Langkah Pertama Untuk Startup: Panduan Lengkap untuk newbie