2-Fikiran Masa Lalu , Kini , Masa Depan

Assalamualaikum , sewaktu saya menulis posting ini ...saya teringat satu moment ini. Momen ini berlaku ketika saya sertai Book Circle .. Orang disekeliling ni sibuk la bercakap tentang buku yang sedang direview.. Tapi , pemikiran saya rasa sangat sibuk. Saya tidak fokus langsung pun dengan apa yang mereka sedang perkatakan. Kerana otak saya sedang overthinking. 

Saya suka surrounding cafe itu ketika book circle sedang dijalankan.. Disebabkan saya tak boleh truly 100% fokus , saya observe disekeliling saya. Saya ternampak satu gambar ni di dinding cafe tersebut. Dalam hati saya berkata "cantik nya gambar ni..saya suka" 

(Nanti sebelum balik , saya nak ambil gambar saja buat kenangan). Selesai sahaja sesi review buku itu , saya cepat cepat keluarkan handphone dan ambil gambar itu.

Salah seorang dari book circle tegur "cantik kan gambar itu." . Saya menjawab "haah cantik , saya suka..dari tadi lagi saya tengok dan nak ambil gambar". dia balas kembali "kenapa gambar tu? ada apa apa makna ke?"

Saya senyum.. ia memang ada makna.

Makna untuk diri saya sebenarnya..

Saya rasa saya tidak growth..

Saya mengalami banyak kegagalan..

Saya rasa saya tidak seperti pokok yang sedang tumbuh mekar itu..

Saya nak grow.. saya nak rasa berjaya itu .. 

Saya melihat gambar itu sebab itulah impian yang saya mahukan..

........................................

fikiran masa lalu kini masa depan sheisfarahain


Lalu , ketika saya menaip ini..apa kaitan nya dengan fikiran masa lalu ? masa kini dan masa depan? .


Saya je rasa mungkin saya tidak grow..

saya je rasa saya gagal.


sebelum ni , mana pernah saya berani nak duduk setable dengan geng book circle.

sebelum ni , mana pernah saya menulis kembali di blog.

sebelum ni, definisi berjaya saya mungkin berbeza dengan definisi berjaya saya yang sekarang.


Tanpa masa lalu , tidak mungkin kita belajar sesuatu untuk diperbaiki untuk masa kini dan masa depan.

Namun , tanpa masa depan juga ... kita akan mudah rasa selesa dan tidak mahu berusaha untuk jadi lebih baik di masa depan.

Masa kini.. adalah untuk kita menghargai masa yang sememangnya sedang bersama dengan kita.

Comments

Popular posts from this blog

SIAPA SHEISFARAHAIN

Consultation Business Development Session

Langkah Pertama Untuk Startup: Panduan Lengkap untuk newbie