Cara Bijak Mengubah Kepercayaan Seseorang
Siapa yang Anda Mahu Menang? Cara Bijak Mengubah Kepercayaan Seseorang Pernah tak anda cuba untuk meyakinkan seseorang tentang sesuatu perkara, tetapi akhirnya mereka tetap berpegang kepada kepercayaan lama mereka? Atau, pernah tak anda sendiri cuba untuk ubah satu kepercayaan dalam diri — seperti, “Saya tak cukup bagus” atau “Saya tak mampu buat bisnes” — tapi ia rasa macam mustahil? Sebenarnya, ramai orang gagal dalam usaha mengubah kepercayaan kerana mereka tidak memahami satu perkara penting: "Rahsia untuk ubah kepercayaan bukan dengan melawan cara otak berfungsi, tapi dengan mengikutinya." Mari kita faham bagaimana caranya. 1. Otak Tidak Suka Diherdik atau Diperlekeh Apabila kita cuba menolak atau menghina kepercayaan seseorang, otak mereka secara automatik akan bertindak balas untuk mempertahankan diri. Sama seperti anda — bila ada orang kata kepercayaan anda salah, anda mungkin rasa nak berlawan, bukan berubah. Contoh yang salah: “Eh, mana ada benda tu ...