Cara Terbaik Ubah Kepercayaan Yang Mengehadkan Diri
Cara Terbaik Ubah Kepercayaan Yang Mengehadkan Diri – Bukan Sekadar Baca, Tapi Alami Sendiri
Kita semua pernah dengar ayat macam ni:
“Saya tak pandai bercakap depan orang.”
“Saya tak cukup bagus untuk jadi usahawan.”
“Saya tak berani cuba sebab takut gagal.”
Ini semua adalah kepercayaan yang mengehadkan diri sendiri — atau dalam Bahasa Inggerisnya, limiting beliefs.
Dan kadangkala, ia bukan datang dari orang lain. Ia datang dari dalam diri kita sendiri, tanpa kita sedar.
Masalahnya: Motivasi Saja Tak Cukup
Bila kita sedih atau rasa rendah diri, ramai yang cadangkan:
-
Baca buku motivasi
-
Tonton video inspirasi
-
Ulang-ulang ayat positif (affirmation)
Semua ni boleh bantu sikit-sikit… tapi selalunya tak cukup kuat untuk ubah kepercayaan yang dah lama tertanam dalam fikiran.
Kenapa?
Sebab kita cuma ubah fikiran, tanpa ubah pengalaman.
Penyelesaian Sebenar: Kumpul Bukti Baru
Kalau anda (atau kawan anda) nak ubah kepercayaan yang mengehadkan diri, cara paling berkesan bukan hanya dengan baca atau dengar...
Tetapi dengan keluar dari zon selesa dan alami sendiri situasi baru yang menunjukkan bahawa kepercayaan itu sebenarnya tak benar.
Contoh:
-
Kalau anda rasa “Saya tak pandai bercakap”, cuba rakam video pendek dan post di media sosial. Bila orang beri respon positif, otak anda akan mula kumpul “bukti baru”.
-
Kalau kawan anda rasa “Saya tak layak berjaya”, ajak dia cuba satu projek kecil. Bila dia berjaya siapkan, kepercayaan itu akan mula berubah.
Kita ubah kepercayaan lama dengan bukti pengalaman baru, bukan hanya dengan teori.
Apa Maksud ‘Bukti Pengalaman Baru’?
Ini yang dinamakan sebagai first-party evidence — iaitu bukti yang datang dari pengalaman sendiri.
Bila anda alami sendiri, bukan dengar dari orang lain, barulah kepercayaan lama boleh ditukar dengan keyakinan baru.
Kesimpulan: Ubah Diri Dengan Tindakan, Bukan Hanya Kata-Kata
“Kepercayaan kita berubah apabila kita sendiri mencabar kepercayaan itu dengan tindakan yang berani.”
Kalau anda nak bantu diri sendiri, atau seseorang yang anda sayang, ubah kepercayaan negatif dalam diri — jangan hanya beri mereka buku motivasi atau video inspirasi.
Ajak mereka buat sesuatu yang kecil, mudah tapi mencabar.
Biar mereka rasa sendiri, “Eh... rupanya saya boleh!”
Itulah saat permulaan kepada perubahan sebenar.
Comments
Post a Comment
Tulis yang baik baik jika yang baik baik yang kamu ingin kan..